top of page
Search
Writer's pictureRIFF PRODUCTION

TERMA & SYARAT

Ini merupakan terma dan syarat yang perlu difahami dan menjadi memorandum persefahaman antara jurugambar dan pelanggan. Anda adalah dinasihatkan untuk membaca dan memahami terma dan syarat ini sebelum mempersetujui ikatan perkhidmatan dengan kami.

1. Senarai harga dan pakej yang dipaparkan adalah TETAP kecuali dinyatakan sebaliknya,

2. Harga pakej tidak termasuk caj pengangkutan serta khidmat luar kawasan. Caj pengangkutan dan khidmat luar kawasan mengambil kira kos petrol, kadar tol semasa, jarak masa perjalanan dan penginapan.(sila email ke arief9462@gmail.com  maklumat & butiran asas seperti jenis majlis,tarikh,tempat,tempoh majlis dan perkara yang difikirkan perlu bagi kami membuat kiraan lengkap)

3. Tempahan sebaiknya dilakukan 2 bulan sebelum tarikh majlis. Tempahan yang dibuat kurang dari 2 bulan adalah  tertakluk kepada kekosongan.

4. Sebarang pertanyaan mengenai pakej dan tempahan boleh dibuat sama ada melalui temujanji, panggilan telefon, ataupun e-mail.

5. Tempahan akan dikira rasmi selepas pihak pengurusan menerima 30% deposit (tunai).

6. Wang tidak akan dikembalikan jika pelanggan membatalkan tempahan saat akhir (7 hari sebelum majlis berlangsung) setelah deposit diberi.

7. Tarikh dan masa majlis boleh ditukar selepas tempahan dibuat dalam tempoh dua (2) bulan dari tarikh berlangsung tertakluk kepada kekosongan. Kurang dari dua bulan, pertukaran tidak akan dibenarkan.

8. Pihak pengurusan berhak menolak tempahan atas kelewatan deposit dan segala hal yang difikirkan boleh menganggu pengurusan masa jurufoto dan pihak pengurusan.

9. Pembayaran deposit secara SERAHAN TANGAN/ ONLINE BANKING.

10. Kaedah pembayaran ialah deposit 30% semasa tempahan dibuat, baki 50% tiga (3) hari sebelum majlis dan 20% semasa penerimaan album/ video.

11. Jika membuat bayaran secara online banking, sila maklum resit transaksi melalui whatapps kepada Arif di no. 010-400 4997

12. Secara automatik setiap keping gambar yang diambil adalah hakcipta kami. Dengan ini, kami berhak untuk menyiarkan sebarang imej melalui laman sesawang, laman sosial, blog dan juga percetakan untuk tujuan promosi, pengiklanan dan juga pemasaran atau sebarang bentuk penerbitan selagi tidak bercanggah dengan undang-undang. Tiada bayaran royalti kepada pelanggan ke atas gambar yang diplih bagi tujuan pengiklanan.

13. Tempoh memproses & penghantaran album adalah di antara 3 hingga 6 bulan dari tarikh sehari selepas majlis berakhir.

14. Setiap ulang cetak album akan dikenakan caj dari RM 250 bergantung kepada saiz & jenis album.

15. Jika berlaku kelewatan penghantaran akan dimaklumkan kepada pelanggan

16. Promosi cuma sah diberikan kepada pelanggan yang telah menempah secara rasmi dengan deposit dalam tempoh promosi sahaja

17. Pihak pengurusan berhak menahan penghantaran album bagi pembayaran yang belum dijelaskan.

18. Kami tidak akan bertanggungjawab sekiranya terdapat kerosakan yang disebabkan oleh pelanggan atau pun kerosakan bagi produk yang dihantar melalui courier.

19. Kami juga tidak akan bertanggungjawab keatas kerosakan bagi produk yang tidak diambil dalam tempoh tiga (3) bulan dari tarikh dimaklumkan

20. Segala terma dan syarat ini boleh dipinda dan diubahsuai oleh pihak pengurusan kami mengikut kesesuaian yang dirasakan perlu tanpa perlu membuat sebarang pengumuman atau kenyataan kepada pelanggan. Pihak pengurusan juga berhak sepenuhnya atas segala pindaan dan tidak bertanggungjawab terhadap tuntutan kerugian yang dialami.

*SILA EMAIL KAMI DI ALAMAT arief9462@gmail.com UNTUK SEBARANG PERTANYAAN, KOMEN ATAU CADANGAN TENTANG TERMA DAN SYARAT KAMI. KAMI MENGAMBIL BERAT SETIAP INPUT DARI ANDA DEMI MENAMBAH BAIKKAN PERKHIDMATAN KAMI KEPADA ANDA.

281 views0 comments

Comments


bottom of page